Seramai 15 ahli dan penyokong Pas di Kampung Gong Kulim, Jerteh, Terengganu, mengisytiharkan keluar parti itu dan menyertai UMNO menerusi program “BN Jugak Kesudahan” di Jerteh.<br /><br />Kumpulan yang diketuai Aziz Jidin, 58 tahun menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ahli Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh dan Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Nawi Mohamad pada Jumaat.
